Pertama sekali, menulis merupakan antara perkara yang paling saya suka. Hasil daripada minat yang mendalam, saya cuba menceburkan diri dalam bidang penyuntingan rencana di Wikipedia. Alhamdulillah, banyak manfaat yang saya peroleh daripada usaha saya itu. Blog ini dinamakan "Warna Perasaan" kerana saya cuba untuk menggambarkan kepelbagaian perasaan yang wujud di dalam diri seseorang manusia. Kita mempunyai pelbagai perasaan seperti sayang, marah, benci dan sebagainya.
Saya akan menceritakan pelbagai pengetahuan am di sini dan bukannya diari peribadi saya (tidak seperti kebanyakan penulis blog yang lain) . Saya akan menumpukan ulasan terhadap filem-filem Melayu klasik dan industri muzik Melayu hingga akhir tahun 1990-an. Saya juga akan menceritakan tindak-tanduk manusia yang semestinya menjadi lumrah hidup kita. Anda juga boleh memantau kegiatan saya di Wikipedia melalui pautan berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Sumbangan/Irfanshaharuddin.
Perasaan adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk diungkapkan. Kita tidak boleh mengetahui perasaan orang lain terhadap kita. Kita tidak boleh meneka, tetapi kita dapat merasakannya melalui tindakan mereka terhadap kita. Kadangkala, tindakan manusia sangat tidak adil, terhadap diri kita. Tetapi kita perlu ingat, keadilan Allah adalah segala-galanya. Mintalah pertolongan daripada-Nya, supaya kita beroleh kejayaan kelak.